SONY Corp (Sony) akan mengeluarkan pemain cakera Blu-ray yang murah dalam usahanya persaingan untuk menjadikan format definisi tinggi (HD) itu menggantikan cakera digital video (DVD).
Naib Presiden Kanan, Bahagian Produk Rumah, Sony Electronics, Randy Waynick, berkata produk berkenaan, BDP-S300 yang akan dijual pada harga AS$599 dijangka mempunyai keupayaan sama dengan BDP-S1 Sony yang kini sedang dijual.
Sony dan Samsung Corp yang juga membuat pemain Blu-ray, diatasi oleh produk Toshiba Corp (Toshiba) yang mana produknya dijual pada harga AS$499.
BDP-S300 adalah lebih kecil berbanding BDP-S1 dan saiznya sama dengan pemain DVD. Ia berupaya mengeluarkan isyarat dalam format definasi tinggi paling tinggi iaitu pada tahap 1080p.
Model ini juga berupaya memainkan cakera padat (CD), sedangkan model BDP-S1 tidak disediakan ciri berkenaan.
Manakala menurut Presiden Sony Electronics, Stan Glasgow, menjelang Krismas, harga pemain Blu-ray akan berada pada bawah AS$500.

No comments:
Post a Comment